Bab 2
Lea
membetulkan selimut walaupun matanya masih terpejam. Rasa sejuk menyucuk hingga
ke tulang. Mesti Maisara menurunkan suhu penyaman udara ke suhu paling rendah.
Mahu sahaja dia memarahi Maisara yang berdarah panas itu, tak pernah sejuk! Lea
menyerengkot dek terlalu sejuk . Tiba-tiba matanya terbuka luas. Darah panas
berderau ke muka, jantungnya berdegup kencang.
Lea
membuka selimutnya perlahan. Dia menangis semahu-mahunya. Tubuhnya tanpa seurat
benang ditutup semula. Hampir 10 minit tangisannya reda. Akalnya cuba memujuk
dirinya untuk menidakkan apa yang terjadi.
“ Yup,
maybe it’s a mistake. Nothing happened. Lea, tenang. Okey, tenang.” Pujuk Lea,
dia bangun, selimut masih menyelimuti tubuh. Hampir dia terjelepuk melihat
tompokan darah di atas cadar. Pakaiannya bertaburan di atas lantai. Sekali lagi
air matanya tumpah. Raungan Lea mengisi bilik hotel .
Lea
melangkah longlai ke bilik air. Tubuhnya disental kuat seperti seribu lapisan
kuman melekat ditubuhnya. Kulit gebunya kemerahan namun kesakitan itu tidak
dapat menepis kesakitan di hatinya. Mahkota yang dipelihara selama ini direggut
tanpa kerelaan, tanpa dia mengetahui siapa pelakunya. Tiba-tiba perasaan takut
menular dalam dirinya.
“ Macam
mana kalau dia datang balik? Lea, kau kena lari! Lea!!! Lari!!!” Dia bergegas
keluar dari bilik air dengan rambut yang masih basah. Dengan keadaan yang
serabai Lea melangkah longlai tanpa hala tuju. Hendak pulang ke condo Mai dia
tidak mahu menjawab soalan Mai. Pasti
Mai akan bertanya kemana dia pergi semalam.
‘ Aku
nak jawab apa? Aku kena rogol!!! Dan aku tak tahu siapa lelaki laknat tu!!!’
Jerit Lea di dalam hati. Telefonnya yang tak henti-henti berdering dibiarkan.
Pasti Maisara yang menelefonnya.
“ Cik,
boleh tak jawab telefon tu. Memekak jer. Kalau tak nak pun, silent jer.” Lea
menjeling tajam lelaki di bangku sebelah.
“ Yes!”
“
Babe?” Panggil perempuan di talian. Lea terkejut, berkerut dahinya.
“ Sorry
wrong number.” Jawab Lea malas hendak mematikan talian.
“ Wait,
who are you?” Lea mendengus.
“ Miss,
you call the wrong number. Next time please check before dial okay!” Kasar Lea
berbahasa. Dia tiada perasaan hendak bersopan santun ketika ini.
“
Heloooo!!! I know My Fiancee number. Who are you?” Lea mendengus geram.
Menyirap darahnya bercakap dengan perempuan yang tak reti bahasa!
“ Hey
perempuan, aku kata ni bukan nombor tunang kau. Faham tak? Kau salah nombor
okay. Lain kali tengok nombor betul-betul! Kalau dah rabun sangat sampai nombor
pun takkenal, pergi buat cermin mata!”
KLIK!
Talian
dimatikan, Lea menjeling kea rah lelaki di kerusi sebelahnya yang tergamam
melihatnya. Tak semena-mena lelaki itu bangun menuju kearah anaknya yang sedang
bermain buaian beberapa tapak dari tempat duduk mereka.
Lea
bingkas bangun, suasana taman yang selalunya mendamaikan semakin menyusutkan
keadaan. Tiba-tiba telefon bimbitnya terjatuh ke lantai. Lea terpana melihat
skrin iphone miliknya terjentang wajah seorang lelaki tersenyum riang bersama
seorang perempuan.
Lea
terjelepuk , tangannya terketar-ketar mengambil telefon bimbitnya. Ini dia?
Perogol aku??? Ya Allah!!!... Tolong aku Ya Allah. Air matanya mengalir laju.
……………………………………………………………..
Firdaus memerhati lelaki di
hadapannya geram. Senyuman lelaki itu menyemarakkan amarahnya. Lain yang
dirancang lain pula yang jadi! Sial!!! Berkepuk-kepuk sumpahnya di dalam hati.
Semakin menyakitkan apabila lelaki itu berlagak selamba di hadapannya.
“ Kau nak risau apa? Dia akan lupak
semuanya dan akan datang pada kau dan meraung meraih simpati.” Kata-kata yang
berbaur sindiran itu tidak menarik minatnya untuk tersenyum.
“ Kau ingat ni main-main ke? Kalau
dia buat laporan polis macam mana?” Tegas Firdaus, fikirannya benar-benar
serabut. Senyuman lelaki itu benar-benar menyakitkan hati. Silap haribulan ada
yang makan tumbukannya nanti.
“ Dia takkan buat macam tu. I
wouldn’t let her.” Jawapan terlebih yakin itu dibalas Firdaus dengan senyuman
sinis.
“ Macam mana? Kau nak jumpa dia?
Yang kau bodoh sangat tersalah ambil handphone tu kenapa? Hancur semuanya! Kau
tahu tak?” Lelalki di hadapannya berdiri, marah .
“ Hey Bro, kau agak-agak
sikit.Kalau bukan kerana rancangan bodoh kau aku tak perlu nak susah-susah
macam ni tau!” Firdaus menarik nafas dalam.
“ Sorry Bro, aku risau gila ni.
Sorry.” Pujuk Firdaus sedar dia menyinggung hati sahabat karibnya.
“ Kau sedar sikit, aku buat ni
sebab kau tu kawan baik aku. Kalau tak, aku takkan ikut rancangan bodoh dan
gila kau ni. If you so worried, never mind. Aku takkan libatkan kau. Its my
fault. Tapi lepas ni jangan jumpa aku lagi.” Amarah Dariel membuak-buak. Dasar
kawan tak guna. Fikirkan diri sendiri sahaja. Dia yang bodoh sangat ikut
rancangan gila Firdaus. Apa yang bagus sangat pasal perempuan kampung tu sampai
bersusah payah fikir rancangan nak dapatkan perempuan tu.
“ Bro, I’m so sorry. We can figure
out the solution together okay? Please.” Rayu Firdaus namun tak dipedulikan
Dariel, dia keluar dari restoran bersama hati yang membara. Di dalam kereta,
stereng menjadi mangsa amarahnya dihentak beberapa kali.
Teringat kembali pertemuannya dengan
Firdaus seminggu yang lepas. Kawan baiknya itu merayu-rayu meminta tolongnya
menjayakan rancangan mendapatkan gadis bernama Lea. Katanya kawan baik adiknya
Maisara. Dia jatuh cinta dengan perempuan kampung itu sejak 4 tahun yang lepas.
Padanlah selama ini Firdaus tak pernah serius dengan mana-mana gadis.
Rupa-rupanya dia sudah ada calon nya sendiri. Gadis-gadis lain itu cuma
penghibur sunyi.
“ Kau cuma perlu bawa dia ke hotel,
dan pastikan tak ada orang yang ambil kesempatan ataupun ambil gambar. Yang lain
semua aku dah sediakan. Jangan risau.” Dariel memandang Firdaus ragu-ragu.
Pura-pura merogol Lea? Rancangan Firdaus memang gila. Dibuatnya dia kena
tangkap basah dengan Lea ataUpun polis datang tak ke naya. Tak pasa-pasal muka
dia terpampang di dada akhbar.
“ Please lah Bro. Kau jer yang boleh tolong aku. Pleaseee…” Rayu
Firdaus menayangkan muka seposennya. Tergelak Dariel dibuatnya. Memamng sah
Firdaus angau.
“ Okey aku tolong.” Firdaus
bersorak girang. Pipi Dariel diciumnya membuatkan mata Dariel terbeliak.
“ Euwww!!! Agak-agaklah!” Marah
Dariel geli.
“ Aku nak tahu kenapa kau angau
sangat kat minah ni? 3 tahun kau usha dia. Habaq mai apa yang special sangat
kat dia.”
“ She’s one of kind. Cantik
semestinya tapi kelembutan dia tu, bukan macam biasa tau. Dia lembut tapi
tegas. Berdikari, bijak, confident. Bila kau dengan dia kau rasa selesa.”
Penjelasan Firdaus yang panjang lebar dengan senyuman yang tak lekang di bibir
menunjukkan betapa angaunya dia pada Lea. Dariel hanya mampu tersenyum, gembira
bagi pihak Firdaus.
Bunyi telefon bimbit menghentikan
lamunan Dariel, tertera nama “ My Bestfriend” di skrin. Sah, itu mesti Maisara,
adik Firdaus. Dada Dariel di asak risau. Fikirannya buntu.

No comments:
Post a Comment