Monday, 21 September 2015

ISTERI SIMPANAN - BAB 4



Bab 4
                Nek Minah terkejut melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang duduk berehat di pangkin di belakang rumahnya. Matanya digosok lembut, tidak mempercayai pandangannya sendiri.  
                “ Lea?” Gadis itu menoleh. Tubuh tua itu dipeluk erat bersama tangisan.
                “ Sayang, kenak nangis tuk? Ada masalah ka? Kitak sakit?” Padah nenek sayang.” Bertubi soalan Nek Minah penuh kerisauan.
                “ Kamek rindu nek. Ya jak. Kamek sihat, makin montel.” Jawab Lea dalam dialek Sarawak. Nek Minah tersenyum lega. Pipi Lea dikucup lembut. Seperti Lea, dia turut merindui cucu kesayangannya itu.
                “ Kenakla berpanas kat situk. Jum masuk. Nek dah masak tek. Macam tauk-tauk jak kitak nak balit. Nek masak ketam kari kesukaan kitak.” Kecur liur Lea membayangkan Kari ketam kesukaannya apatah lagi air tangan neneknya.
                “ Tok Wan ni nek? Sik ada pun?” Soal Lea sambil mengunyah nasi berlauk kari ketam.
                “ Tok Wan biasalah masa tuk. Jemaah kat suro. Nah, makan sayur.” Lea menganga mulut seluas. Peluang bersama neneknya digunakan sepenuhnya. Bergenang air matanya jika wajah tua itu tahu penderitaan yang dialaminya sekarang.
                “ Kitak balit ada padah dengan Daddy ka?” Wajah ceria Lea berubah suram. Hanya gelengan pengganti jawapan.
                “ Kenak?” Soal Nek Minah sambil menyuap nasi ke mulut Lea. Lea mengunyah sebelum menjawab.
                “ Daddy kat London. He text me last week.” Nek Minah mengangguk lega. Walaupun dia tahu menantu dan cucunya tak pernah sebulu semenjak kematian anaknya, Mummy Lea. Selepas kemalangan yang merenggut Kamalea anaknya, cucunya itu dijaganya atas permintaan menantunya . Sejak itu Lea bukan hanya kehilangan anak dalam kemalangan namun Lea turut kehilangan Daddynya.
                Malam itu ketawa memecah kesunyian dalam rumah Nek Minah dan Tok Ahmad. Lea amat bahagia, hilang segala kerisauannya buat seketika namun itu mencukupi. Lea meneguk milo panas perlahan sambil membelek album lama semasa dia kecil. Keletahnya mencuit hati membuat mereka bertiga ketawa bila mengenang kembali.
                “ Lea ingat sik dolok Lea suka ikut nenek pergi kebun. Dahlah suka terpegang-pegang. Sekali ya terpegang cabik. Lepas ya usap ke mata. Kiak kaong nangis.”
                “ Aok ingat nek. Hahaha… Mummy and Daddy nganok. Drama Queen. Loba.” Ketawa mereka pecah lagi. Tiba-tiba Lea senyap. Ingatannya menerawang pada Mummy dan Daddy. Rindunya semakin menyesak dada. Andai sahaja Mummy masih ada, Daddy takkan memulaukannya, pasti dia dapat bercerita penderitaannya sekarang dengan Mummy. Wanita lembut itu pasti memahami. Berkongsi kesakitan yang dialaminya. Daddy? Dia akan semakin dibenci. Silap-silap dia akan dibuang terus dari hidup Daddy.
                “ Lea, dah akhir hari tuk, tidur gik sayang. Kitak kepak ya naik flight.” Nek Minah yang memahami wajah sugul cucu kesayangannya cuba menghentikan perbualan mereka. Lea menurut, sebenarnya dia memang penat. Selepas bersalaman dengan kedua cinta hatinya, dia berjalan ke arah biliknya di tingkat atas.
i-Phone putih dicapai, tubuh direbah di atas tilam empuk rona merah jambu. Satu persatu gambar di ruang gallery dibuka, senyuman Dariel menusuk hatinya. Tak dinafikan lelaki tegap berkulit cerah itu amat tampan, mampu mencairkan hati wanita yang memandang. Namun, bukan pintanya mahkota yang dijaga hilang di tangan lelaki itu! Dia dirogol!!!
Matanya tertancap pada gambar seterusnya. Tiba-tiba hatinya semakin sakit. Gambar mesra Dariel dengan gadis di atas katil menyesak dada. Pasti dia Maya yang diagungkan Dariel. Seapdan dengannya. Ya Allah, inikah lelaki yang akan ku kahwini? Berpesta di sana sini. Dosa dan pahala tak diambil peduli.
Air mata Lea mengalir laju. Takut dan risau dengan masa depan yang semakin kelam. Dia paling risau jika ada benih yang semakin membesar dalam rahimnya. Jika itu terjadi. dia takkan mampu berdiri kembali. Dunianya akan terus kelam. Dia akan kehilangan kepercayaan dari Nenek dan Tok Wan. Masyarakat akan menghinanya.
“ Mummy… Tolong Lea. Lea tak mampu nak hadapi semua ni. I need you.” Rintihan Lea berpanjangan hingga akhirnya dia tertidur ditemani air mata.
                ……………………………………………………………………………………………………….
                Nek Mah risau melihat cucu kesayangannya yang sugul semenjak pulang. Dia perasan wajah pucat Lea, matanya kembang. Lea menangis? Ada masalah? Selama ini Lea tak pernah berahsia darinya. Kenapa sekarang dia rasa Lea menyembunyikan sesuatu.
                Nafas dihela risau. Dia leka merenung kuali. Tanpa sedar, bahunya dicuit. Terkejut besar dia dibuatnya. Hampir sahaja sudip di tangan terkena kepala suaminya. Berdekah tawa Tok Ahmad melihat keletah isterinya.
                “ Kitak tuk eh, sik pasal-pasal kenak ketuk kelak.” Marah Nek Minah sambil mengurut dadanya.
                “ Apa dikenang kita Deng oi. Engkah gik pisang ya, minyak dah panas ya.” Nek Minah memerhati kuali, ya minyak sudah panas. Pisang diletakkan satu persatu. Pagi itu sarapan pagi mereka cucur pisang. Kebetulan ada pisang yang masak ranum di kebun. Lea memang suka makan cucur pisang yang benar-benar masak. Manis katanya.
                “ Bang, kitak rasa Lea ya ada masalah ka?” Pertanyaan Nek Minah tidak terus dijawab namun wajah tua itu diperhati. Tok Ahmad mengeluh berat. Ingatkan hanya dia yang perasan perubahan cucunya.
                “ Abang rasa nang ada lah Deng.Dah dua hari balit tapi memerap dalam bilit. Selalunya hari-hari keluar dengan kawan-kawannya setiap petang. Perasan sik matanya kembang?” Nek Minah mengangguk, sesekali dia melihat ke ruang depan. Takut-takut kalau Lea datang ke ruang dapur.
“ Urmmm… Mun macam ya kitak pun tanyak dengannya. Cadang Tok Ahmad. Nek Minah menimbang cadangan suaminya. Takut pula jika Lea tak selesa. Tapi, kalau tak ditanya dia risau.
                “ Selamat pagi!” Sergahan Lea mengejutkan keduanya. Berdekah tawa Lea melihat aksi Nenek dan Tok Wan terkejut. Dua-dua memegang dada.
                “ Hishhh… Geram na eh. Tok ngan cucuk sama jak. Sakit jantung Nenek lamak-lamak macam tuk eh.’ bebel Nek Minah disambut tawa Lea dan Tok Wan.
                “ Alololo… Boh lah manas. Tuk Lea tolong nenek masak okey. Nenek duduk jak.” Sudip di tangan sudah berganti. Nek Minah dan Tok Wan memerhati Lea yang fokus menggoreng pisang.
                “ Tanyaklah.” Bisik Tok Wan.
                “ Ehemmm… Lea, Nenek nak tanyak boleh?” Lea menoleh, tersenyum sambil mengangguk.
                “ Lea okey? Kenak Nenek nangga muka semacam jak.” Lea tersenyum lagi. Dia terdengar perbualan Nenek dan Tok Wan jadi dia tahu apa yang merunsingkan Nenek kesayangannya.
                “ Lea okey Nek. I miss Mummy badly. How I wish she’s here with me. Sometime I’m asking  my self why Allah take my Mummy so early. I need her badly.” Nek Minah dan Tok Wan mengangguk. Mereka faham, semakin Lea dewasa dia semakin memerlukan Mummynya. Cabaran hidup yang semakin hebat membuatkan dia rindu figura wanita yang sentiasa menyayanginya sepenuh hati itu.
                “ Honey, we must accept the fate Allah has written for us. You should accept it with smile. There’s a reason for everything. Allah only do this because Allah love you and Allah know you are strong enough to handle this.” Nek MInah mengusap lembut cucu kesayangannya. Memang tabiat Lea akan bercakap bahasa Inggeris jika sedang sedih. Tabiat yang diwarisi dari Mummynya. Nasib baik Nek Minah dan Tok Ahmad memang fasih berbahasa Inggeris. Zaman dulu-dulu memang bahasa asing itu menjadi bahasa utama masyarakat Sarawak. Cuma selepas Sarawak masuk dalam penubuhan Malaysia, Bahasa Malaysia diangkat menjadi bahasa penghantar utama.
                “ Lea, don’t ever think that Allah hate you then Allah give the hardest obstacle for you. Allah give you the best in everything. I want you to be strong. Always know that Allah will listen to every worries and give us peace. You know, rather than questioning why Allah give you this obstacle, why don’t you ask what have you done for Allah or what you should’nt done but you’ve done.” Lea terkesima. Ya, dia solat, berpuasa, bersedekah. Namun, dia  tidak menjaga auratnya. Dia tidak seksi namun, dosa tetap dosa. Inikah yang Allah cuba sampaikan padanya, supaya dia berubah sebelum terlambat.
                “ Lea… Lea banyak dosa Nek, Tok. Lea sik jaga diri. Lea sik jaga aurat. Lea berdosa. Lea berdosa.” Kata Lea dalam esak tangisnya. Nek Minah dan Tok Ahmad memeluk erat cucu kesayangan mereka. Mereka sentiasa endoakan Lea akan berubah lebih baik.
                “ Sik pernah terlambat untuk berubah sayang. Nenek dengan Tok sik tauk apa yang sebenarnya terjadi tapi Nenek dengan Tok sentiasa doakan Lea  selamat dalam lindungan Allah.” Lea terharu, pipi Nenek dan Tok Ahmad dicium penuh kasih. Dia sangat bertuah memiliki Nenek Dan Tok yang memahami.

No comments:

Post a Comment