Thursday, 17 September 2015

ISTERI SIMPANAN - BAB 1



Bab 1

                Lea memandang sahabat karibnya yang terkinja-kinja di lantai tarian dengan riak bosan. Air coca-coal yang masih penuh diminum perlahan. Maxi dress lengan panjang rona hitam polkadot putih diatur rapi. Takut kalau terselak, menampakkan betisnya yang gebu.
                Kalau tidak kerana rayuan Maisara, taubat malaikat 44 takkan dia menjejakkan kaki ke situ. Entah apa yang “ Happening” sangat sehingga Miasara gian hendak ke kelab yang sering dikunjunginya dulu.
                Maisara anaK dari golongan berada yang tidak terbatas pergaulannya. Namun, semuanya berubah semenjak anak manja itu mengenalinya ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di Universiti Sabah. Kali ini dia teringin sangat hendak ke kelab itu semula untuk kali pertama dan terakhir selepas 3 tahun, sempena tamat pengajian.
                Kalau bukan kerana abang Maisara, Daus turut ada bersama menjamin keselamatan mereka, permintaan Maisara akan ditolak mentah-mentah. Dia tidaklah rapat sangat dengan Daus, cuma berbual biasa-biasa sahaja.
                “ Lea tak nak menari? Lagu ini sedap.” Lea menggeleng, melemparkan senyuman paksa takut pula dilabel sombong.
                “ Betul ke tak nak? Kali ini jer Lea, kalau bukan sebab abang pujuk, Mai takkan pergi tempat macam ni lagi.” Pujuk Firdaus memancing minat Lea. Tapi, dia salah orang. Lea takkan rugi kalau tak pergi tempat macam ni. Berkepuk dosa adalah. Walapun Lea tak menutup aurat sepenuhnya, dia masih menjaga tata tertib sebagai gadis muslim.
                “ Lea tak pandai menari.” Dalih Lea. ‘Takkan nak cakap aku bukan beruk macam korang yang terkinja-kinja,’ bisik Lea di dalam hati. Hati orang perlu gijaga walaupun tak sefahaman. Pesanan nenek dia tak pernah lupa. Teringat pula dengan wajah tua yang mendamaikan hati itu.
                “ Tak susah pun. Meh abang ajar.” Spontan Lea menyentap tangannya dari genggaman Firdaus. Firdaus tersengih-sengih, lupa Lea seorang yang sangat menjaga pergaulan.
                “ Maaf Lea, abang over excited.”
                “ Okay.” Jawab Lea pendek. Firdaus seorang yang baik sepanjang dia mengenalinya. Cuma dia kurang selesa dengan cara hidup Firdaus yang bebas. Dia tidak menidakkan gaya hidup Firdaus turut menjadi ikutan Maisara.
                Firdaus senyum melihat Lea canggung memerhati sekeliling. Lea gadis kampung yang penuh jati diri. Kota Metropolitan ini tak pernah menghanyutkannya. Lihat sahaja penampilannya. Mana ada perempuan lain memakai maxi dress labuh berlengan panjang ke kelab. Hanya Lea yang mampu. Sejak mereka masuk, banyak mata yang memandang Lea pelik dan tak kurang juga yang terpesona.
                Walaupun penampilannya begitu, Lea tetap cantik. Kulitnya gebu kemerahan, rambut hitam pekat berombak di bawah, hidung mancung terletak, mata coklat hazelnut redup mata memandang. Tidak dinafikan. Lea lebih cantik dari mana-mana gadis yang dikenalinya.
                “ Maaflah bang. Lea nak ke ladies jap.” Setelah Firdaus ditinggalkan, Lea hilang arah cuba mencari bilik air. Bukannya darurat sangat namun dia perlu lari dari suasana yang semakin merimaskan. Nafas ditarik dalam, sengaja mencuci tangan dengan pencuci berbau lemon yang menyegarkan. Harap-harap baunya bertahan lama, boleh juga dihidu jika bau rokok dan alkohol semakin merimaskan.
                “ Semua sebab kau Mai, kalau tak kerana kau tak der makananya kau nak masuk tempat macam ni. Daus pun sama. Tak der tempat lain ke nak celebrate aku dan Mia dah graduate? Buat majlis kat masjid ke belanja anak yatim makan ke. Berkoyan-koyan pahala. Ini tak, berkepuk dosa juga yang dikejar.” Bebel Lea sendiri di hadapan cermin. Kalau orang nampak sah-sah dia dilabel gila!
                “ Lama betul Lea ke tandas? Ingatkan dah balik.” Tanya Firdaus sebaik sahaja Lea duduk.  Nafas lega ditarik, bimbang juga jika telahannya benar dan Lea benar-benar pulang sendiri.
                “ Lea betulkan make-up tadi.” Bohong Lea, menjaga hati Firdaus sekali lagi. Firdaus  mengangguk walaupun dia tahu sangat Lea berbohong cuba menjaga hatinya. Lea bukan tipikal perempuan yang ingin cantik 24 jam. Dia pernah melihat Lea yang ringkas tanpa secalit make-up, T-Shirt besar, jeans dan rambut diikat satu. SubhanAllah Lea sangat menawan walau apa pun ynag dipakainya.
                “ Lea tak nak minum ke?Ni air Lea.” Gelas disambut Lea tanpa ragu-ragu. Air diteguk sehingga habis. Haus pula setelah berasak-asak tadi. Firdaus tersenyum puas melihat gelas yang kosong. Matanya melilau mencari adik kesayangannya Maisara yang rancak menari.
                “ Betul Lea tak nak menari?” Seperti diduga, Lea menggeleng.
                “ Abang ke sana ya. Jaga-jaga kat sini banyak buaya, jangan sampai kena tangkap.” Pesanan Firdaus disambut tawa Lea. Firdaus menoleh Lea yang ketawa riang,senyumannya memikat hati. Mahu sahaja Firdaus  berlama disitu merenung wajah manis Lea.
                Firdaus menari mengikut irama yang semakin rancak. Sesekali dia mengerling sekilas ke arah Lea yang setia di tempatnya. Bersinar matanya melihat Lea tiba-tiba memegang kepala. Matanya hampir terpejam.         


No comments:

Post a Comment