Monday, 21 September 2015

ISTERI SIMPANAN - BAB 2



Bab 2
                Lea membetulkan selimut walaupun matanya masih terpejam. Rasa sejuk menyucuk hingga ke tulang. Mesti Maisara menurunkan suhu penyaman udara ke suhu paling rendah. Mahu sahaja dia memarahi Maisara yang berdarah panas itu, tak pernah sejuk! Lea menyerengkot dek terlalu sejuk . Tiba-tiba matanya terbuka luas. Darah panas berderau ke muka, jantungnya berdegup kencang.
                Lea membuka selimutnya perlahan. Dia menangis semahu-mahunya. Tubuhnya tanpa seurat benang ditutup semula. Hampir 10 minit tangisannya reda. Akalnya cuba memujuk dirinya untuk menidakkan apa yang terjadi.
                “ Yup, maybe it’s a mistake. Nothing happened. Lea, tenang. Okey, tenang.” Pujuk Lea, dia bangun, selimut masih menyelimuti tubuh. Hampir dia terjelepuk melihat tompokan darah di atas cadar. Pakaiannya bertaburan di atas lantai. Sekali lagi air matanya tumpah. Raungan Lea mengisi bilik hotel .
                Lea melangkah longlai ke bilik air. Tubuhnya disental kuat seperti seribu lapisan kuman melekat ditubuhnya. Kulit gebunya kemerahan namun kesakitan itu tidak dapat menepis kesakitan di hatinya. Mahkota yang dipelihara selama ini direggut tanpa kerelaan, tanpa dia mengetahui siapa pelakunya. Tiba-tiba perasaan takut menular dalam dirinya.
                “ Macam mana kalau dia datang balik? Lea, kau kena lari! Lea!!! Lari!!!” Dia bergegas keluar dari bilik air dengan rambut yang masih basah. Dengan keadaan yang serabai Lea melangkah longlai tanpa hala tuju. Hendak pulang ke condo Mai dia tidak mahu menjawab soalan Mai. Pasti  Mai akan bertanya kemana dia pergi semalam.
                ‘ Aku nak jawab apa? Aku kena rogol!!! Dan aku tak tahu siapa lelaki laknat tu!!!’ Jerit Lea di dalam hati. Telefonnya yang tak henti-henti berdering dibiarkan. Pasti Maisara yang menelefonnya.
                “ Cik, boleh tak jawab telefon tu. Memekak jer. Kalau tak nak pun, silent jer.” Lea menjeling tajam lelaki di bangku sebelah.
                “ Yes!”
                “ Babe?” Panggil perempuan di talian. Lea terkejut, berkerut dahinya.
                “ Sorry wrong number.” Jawab Lea malas hendak mematikan talian.
                “ Wait, who are you?”  Lea mendengus.
                “ Miss, you call the wrong number. Next time please check before dial okay!” Kasar Lea berbahasa. Dia tiada perasaan hendak bersopan santun ketika ini.
                “ Heloooo!!! I know My Fiancee number. Who are you?” Lea mendengus geram. Menyirap darahnya bercakap dengan perempuan yang tak reti bahasa!
                “ Hey perempuan, aku kata ni bukan nombor tunang kau. Faham tak? Kau salah nombor okay. Lain kali tengok nombor betul-betul! Kalau dah rabun sangat sampai nombor pun takkenal, pergi buat cermin mata!”
                KLIK!
                Talian dimatikan, Lea menjeling kea rah lelaki di kerusi sebelahnya yang tergamam melihatnya. Tak semena-mena lelaki itu bangun menuju kearah anaknya yang sedang bermain buaian beberapa tapak dari tempat duduk mereka.
                Lea bingkas bangun, suasana taman yang selalunya mendamaikan semakin menyusutkan keadaan. Tiba-tiba telefon bimbitnya terjatuh ke lantai. Lea terpana melihat skrin iphone miliknya terjentang wajah seorang lelaki tersenyum riang bersama seorang perempuan.
                Lea terjelepuk , tangannya terketar-ketar mengambil telefon bimbitnya. Ini dia? Perogol aku??? Ya Allah!!!... Tolong aku Ya Allah. Air matanya mengalir laju.
                             ……………………………………………………………..
Firdaus memerhati lelaki di hadapannya geram. Senyuman lelaki itu menyemarakkan amarahnya. Lain yang dirancang lain pula yang jadi! Sial!!! Berkepuk-kepuk sumpahnya di dalam hati. Semakin menyakitkan apabila lelaki itu berlagak selamba di hadapannya.
“ Kau nak risau apa? Dia akan lupak semuanya dan akan datang pada kau dan meraung meraih simpati.” Kata-kata yang berbaur sindiran itu tidak menarik minatnya untuk tersenyum.
“ Kau ingat ni main-main ke? Kalau dia buat laporan polis macam mana?” Tegas Firdaus, fikirannya benar-benar serabut. Senyuman lelaki itu benar-benar menyakitkan hati. Silap haribulan ada yang makan tumbukannya nanti.
“ Dia takkan buat macam tu. I wouldn’t let her.” Jawapan terlebih yakin itu dibalas Firdaus dengan senyuman sinis.
“ Macam mana? Kau nak jumpa dia? Yang kau bodoh sangat tersalah ambil handphone tu kenapa? Hancur semuanya! Kau tahu tak?” Lelalki di hadapannya berdiri, marah .
“ Hey Bro, kau agak-agak sikit.Kalau bukan kerana rancangan bodoh kau aku tak perlu nak susah-susah macam ni tau!” Firdaus menarik nafas dalam.
“ Sorry Bro, aku risau gila ni. Sorry.” Pujuk Firdaus sedar dia menyinggung hati sahabat karibnya.
“ Kau sedar sikit, aku buat ni sebab kau tu kawan baik aku. Kalau tak, aku takkan ikut rancangan bodoh dan gila kau ni. If you so worried, never mind. Aku takkan libatkan kau. Its my fault. Tapi lepas ni jangan jumpa aku lagi.” Amarah Dariel membuak-buak. Dasar kawan tak guna. Fikirkan diri sendiri sahaja. Dia yang bodoh sangat ikut rancangan gila Firdaus. Apa yang bagus sangat pasal perempuan kampung tu sampai bersusah payah fikir rancangan nak dapatkan perempuan tu.
“ Bro, I’m so sorry. We can figure out the solution together okay? Please.” Rayu Firdaus namun tak dipedulikan Dariel, dia keluar dari restoran bersama hati yang membara. Di dalam kereta, stereng menjadi mangsa amarahnya dihentak beberapa kali.
Teringat kembali pertemuannya dengan Firdaus seminggu yang lepas. Kawan baiknya itu merayu-rayu meminta tolongnya menjayakan rancangan mendapatkan gadis bernama Lea. Katanya kawan baik adiknya Maisara. Dia jatuh cinta dengan perempuan kampung itu sejak 4 tahun yang lepas. Padanlah selama ini Firdaus tak pernah serius dengan mana-mana gadis. Rupa-rupanya dia sudah ada calon nya sendiri. Gadis-gadis lain itu cuma penghibur sunyi.
“ Kau cuma perlu bawa dia ke hotel, dan pastikan tak ada orang yang ambil kesempatan ataupun ambil gambar. Yang lain semua aku dah sediakan. Jangan risau.” Dariel memandang Firdaus ragu-ragu. Pura-pura merogol Lea? Rancangan Firdaus memang gila. Dibuatnya dia kena tangkap basah dengan Lea ataUpun polis datang tak ke naya. Tak pasa-pasal muka dia terpampang di dada akhbar.
“ Please lah Bro.  Kau jer yang boleh tolong aku. Pleaseee…” Rayu Firdaus menayangkan muka seposennya. Tergelak Dariel dibuatnya. Memamng sah Firdaus angau.
“ Okey aku tolong.” Firdaus bersorak girang. Pipi Dariel diciumnya membuatkan  mata Dariel terbeliak.
“ Euwww!!! Agak-agaklah!” Marah Dariel geli.
“ Aku nak tahu kenapa kau angau sangat kat minah ni? 3 tahun kau usha dia. Habaq mai apa yang special sangat kat dia.”
“ She’s one of kind. Cantik semestinya tapi kelembutan dia tu, bukan macam biasa tau. Dia lembut tapi tegas. Berdikari, bijak, confident. Bila kau dengan dia kau rasa selesa.” Penjelasan Firdaus yang panjang lebar dengan senyuman yang tak lekang di bibir menunjukkan betapa angaunya dia pada Lea. Dariel hanya mampu tersenyum, gembira bagi pihak Firdaus.
Bunyi telefon bimbit menghentikan lamunan Dariel, tertera nama “ My Bestfriend” di skrin. Sah, itu mesti Maisara, adik Firdaus. Dada Dariel di asak risau. Fikirannya buntu.
                               

ISTERI SIMPANAN - BAB 7



Bab 7
                “ Arghhh!!! Yesss!!!... Alhamdulillahhh!!!...” Terkejut Danial dengan reaksi Danisha yang speerti orang kena rasuk. Nasib baik tak pengsan.
                “ Hey, agak-agaklah. Terkejut orang tengok awek cantik menjerit sakan macam ni.” Danisha menutup mulut. Matanya melilau ke sekeliling. Sunyi. Lantaklah, bukan orang denagr pun. Dia dalam kereta kot.
                “ Orang dalam keretalah Long. Macam mana Along kenal dia?” tanya Danisha setelah keadaannya tenang.
                “ Dia ada hantar resume untuk jawatan setiausah Along.  I’m sure it’s the same person. That’s why Along ajak Nisha datang office, interview dia sekali. Nisha kan pandai korek rahsia.” Danisha teruja, senyuman tak lekang dari bibirnya. Dalam hati dia berdoa Anabelle Addylea adalah isteri yang sesuai untuk Angahnya.
                Lea tergopoh gapah membuka almari. Satu persatu pakaian formal yang sesuai dibelek. Akhirnya dia memilih seluar palazzo bewarna turquoise dipadankan dengan blouse bewarna pink. Selendang sutera rona turquoise berbunga halus rona pink pelengkap gayanya yang kini sudah berhijab.
                Selepas sebulan kejadian pahit itu berlalu, Lea semakin yakin mengharungi takdirnya. Kata-kata nenek sering memberi kesan padanya di saat dia rapuh.
                “ Allah tak pernah kejam pada hambanya malah, hambanya yang kejam pada dirinya sendiri. Setiap tindakan dan pilihan kita akan membawa kesan sama ada baik atau buruk. Setiap kejadian adalah dugaan bagi menguji dan membawa hambanya dekat padanya.”
                Selesai berkemas, Lea mencapai kunci keretanya. Penampilannya dibelek sekali lagi sebelum melangkah keluar. Ringkas namun menawan. Puji hati kecilnya. Kalau nak tunggu orang puji lambatlah jawabnya.
                Dai melangkah penuh keyakinan. Tak henti dia berselawat supaya hatinya tenang. Jam tangan Aigner pemberian Mai dibelek. Baru jam 3.30 petang. Temu janjinya pukul 4 petang. Kata Tok Wan, kita mesti tepati masa. Kalau bileh, datang setengah jam lebih awal. Lebih baik kita menunggu daripada orang ynag menunggu kita.      
                Tiba-tiba matanya tertancap pada cincin emas putih bermata satu. Fikiran Lea tiba-tiba menerawang kepada si pemberi cincin. Sejak diijab kabul sebulan lepas,  tiada khabar dari lelaki itu. Dia pun malas hendak mengkhabarkan berita dirinya pada si suami. Suami? Atas kertas. Dua bulan lagi mereka akan bercerai. Itu perjanjian mereka.
                “ Assalammualaikum. Ini pejabat Encik Danial ke? Saya datang nak interview.” Wanita dalam ingkungan 40-an itu mengangguk sambil tersenyum. Lea di ajak mengekorinya ke sebuah bilik di sebelah kanan tempat duduknya.
                Lea menarik nafas dalam sebelum pintu dikuak.
                “ Encik Danial, ini Anabelle Addylea.” Perkenal setiausaha yang dikenali sebagai Mariam itu. Lea melemparkan senyuman untuk si penemu duga. Kecut perutnya melihat ada dua perempuan turut serta.
                “ Assalammualaikum. Saya Anabelle Addylea.” Perkenal Lea secara formal.
                “ Waalaikummussalam. Have a seat please Anabelle Addylea. My name Danial Darwisy, This is former secretary which now become my wife and this young lady my sister Danisha Syuhada.”
                “ You can call me Lea. Thank you.”
                “ So, could you please intoduce your self.”
                “ I’m Anabelle Addylea Binti Fardhiuzzaman from Kuching, Sarawak. I’m graduated from UMS in International Business Study with a first class Degree. I’m…”
                “ Would you mind to tell us more about your self not your certificate because we can see it here if we want to.” Pintas Danisha tegas membuatkan Lea menelan liur, gugup.
                “ I’m the only child of Kamalea and Fardhiuzzaman.  My name have the special meaning. Anabelle was taken from both of my ganny. Rohana, my granny from mummy side and Isobelle my father’s mother. She’s English wowan where I’m inherited this pan asian look. Addylea obviously my mummy and daddy’s nick name.”
                “ Wowww, you must be proud of your name don’t you.” Sampuk Danisha lagi. Lea tersenyum lebar dan mengangguk.
                “ Of course I am. I cant be more proud of who I am.”
                “ So, your nick name also Lea? It’s not hard for your Mummy when her mom call her?” Tanya Fatin ingin tahu.    
                “ Well, when I was kid my nick name was Dylea. Then I change it.”
                “ Why?” Serentak mereka bertiga bertanya. Lea menarik nafas dalam-dalam.
                “ My Mummy passed away when I was 5. My granny miss her badly same as me. So I decided to change my nick name so she still can call some one in the name of her daughter.” Air mata Lea bergenang cuba ditahan.
                “ I’m sorry for your lost and sorry for asking this too personal question. Are you okay?” tanya Danisha prihatin.
                “ Nope, I’m okay. You may ask anything.”
                “ In this resume you stated that you already married.  You just 22 years old and a fresh graduate. Why you make such decision to get married in this early age for you to build a career not a marriage.” Soalan Danial membuatkan dia terkesima. Ya, dia baru berusia 22 tahun, usia untuknya membina kerjaya bukannya runahtangga.
                “ I’m far from home. It’s love at first sight. He want to take it to another level so I agreed. Maybe I’m too young to get married but I believe, In Sha Allah, I can do both. Building my career and my marriage. His a nice guy. Really responsible and understanding.” Lea menceritakan tentang suaminya tetapi dia membayangkan Hanafi, suami idaman hati namun dia terpaksa melepasnya pergi.
                “ How you both met? What is he doing for living? His age?” tanya Danisha teruja.
                “ We bump into each other and accidently exchanged our phone. His a interior designer. 28 years old.” Danial dan Danisha menguntum senyum begitu juga Fatin. Memang Angah bekerja sebagai Interior Designer di syarikatnya sendiri walaupun dia berkelulusan seni bina. Dan, 3 bulan lagi genap umur Angah 28 tahun.
                “ If you don’t mind what is the name of your husband?” Soalan klimaks Fatin, jika jawapannya betul maka segalanya akan terungkai sekarang.
                “ DARIEL DARAIF.” Bgai halilintar begitulah dasyatnya nama itu di pendengaran mereka bertiga. Hampir menitis air mata Danisha.
                “ You are hired, you can come to work this Monday.” Tubuh Lea dipeluk dan pipinya dicium. Lea terkedu dengan perlakuan Danisha. Fatin dan Danial mengucapkan tahniah.
                Lea keluar dari pejabat dengan perasaan yang berbaur. Betul ke aku dapat kerja ni?Macam tak percaya jer. Dan, kenapa mereka tu pelik sangat eh. Siap nak butiran peribadi yang terpeinci pulak tu. Ni syarikat seni bina ke syarikat penyiasat peribadi.
                Tapi, biarlah janji dapat kerja. Ingat senang ke fresh graduate nak dapat kerja? Daripada melepak dekat butik Mai tu lebih baik kerja kat sini. Berfaedah lah sikit. Alhamdulillah Ya Allah.

ISTERI SIMPANAN - BAB 6



Bab 6
                Deringan nyaring dari atas katil membuatkan Lea tergesa-gesa. Sah, itu panggilan dari Dariel.
                “ Yes?”
                “ Aku dah tetapkan tarikh. Lusa akad. “ Tegas suara Dariel di hujung talian. Lea mengucap syukur. Segalanya akan selesai tak lama lagi dan maruahnya dapat diselamatkan. Perutnya diusap. Jika benar ada benih yang hidup di dalam rahimnya, hidup bayi itu akan terjamin.
                “ Kau dengar tak ni?!” Lea tersentak.
                “ Ya, aku dengar.”
                “ Ingatkan dah pekak. Kalau tak penting, tak payah contact.  Aku jemput kau Jumaat pukul 9 pagi.”
                KLIK
                Belum sempat Lea berkata apa talian ditamatkan. Lea mendengus geram, I-Phone putih itu dicampak di sisi katil.
                Ya Allah, aku redha ketentuanmu. Aku terima takdirku. Baik atau buruknya ada hikmah di sebaliknya. Siapalah aku Hambamu yang hina menidakkannya. Ya Rabbhi, kau Maha mengetahui yang terbaik untukku. Terima kasih Ya Allah, kau masih mengasihani Hambamu yang menzalimi dirinya sendiri.
                                                ……………………………………………………………………………………………….
                Dariel menarik nafas lega, segalanya sudah berakhir. Lea yang berjalan beriringan dipandang sambil melangkah. Lea ringkas berbaju kurung contton turquoise berbunga merah dipadankan denagn tudung sedondon. Dia juga tanpa dirancang berbaju melayu rona sama.
                “ Aku hantarkan kau balik.” Cermin mata hitam dipakai, Lea yang memandang memuji katampanan Dariel.
                “ Tak per, aku naik teksi.” Lea mula melangkah meninggalakan Dariel di sisi keretanya. Lenagan Lea direntap kasar. Lea mendengus geram.
                “ It’s an order! Bukan permiantaan.” Lea memejam mata, menahan geram. Berkali-kali dia mengingatkan diri. Walau apa yang terjadi, Dariel tetap suami. Dia tidak mahu menambah dosa yang masih belum terampun.
                “ Nak hantar dia balik pun susah. Degil!” marah Dariel, enjin dihidupkan. Ereta meluncur laju.
Lea  memandang ke luar tingkap tanpa emosi. Hari ini dia sah bergelar isteri kepada Dariel Daraif. Majlisnya sangat ringkas. Yang hadir 3 orang saksi bagi pihaknya dan pihak Dariel. Kedua mereka tidak ditemani sahabat mahupun saudara. Tiada apa-apa majlis selepasnya. Begitu tidak bermaknanya sebuah perkahwinan bagi Dariel. Mungkin bukan perkahwinan bersamanya. Tentunya dia akan menghargai setiap detik indah merancang perkahwinan bersama Maya, gadis idamannya.
                Dariel melihat Lea sekilas. Tanpa secalit make-up Lea sangat manis dipandangannya. Tanpa disedari mereka sedondon pula hari ini. Dia juga memakai baju Melayu turquoise. Inikah dinamakan jodoh? Matanya tertancap pada cincin berlian di jari manis Lea. Sepatutnya itulah cincin perkahwinan Maya namun dia menukar fikiran sebaik sahaja cincin itu siap dan menempah cincin yang lain.
                Di jarinya juga cincin dari rekaan yang sama namun bukan dari emas namun perak, bermata hitam entah dari permata apa dia kurang pasti. Dia memang sukakan warnanya yang elegant. Sanagt sesuai dengan cita rasanya yang ringkas. Lamunna Lea terhenti  sebaik sahaja kereta berhenti tepat sebelah keretanya. Dia yang meminta Dariel menjemputnya di hadapan Seven7 berdekatan bukan di condo Maisara.
                “ Aku pulangkan balik cincin kau.” Dariel memulang semula kotak cincin itu kepada Lea sambil menggeleng kepala.
                “ Nope, you keep it. Ini cincin Maya tapi dia tak nak. Old Fashioned. Daripada saya bagi entah siapa-siapa baik awak ambil jer.” Lea mengangguk. Senang-senang jer nak bagi kat orang cincin yang kira-kira berharga RM10K ke atas ni? Memang dasar orang kaya tak bersyukur. Bebel Lea di dalam hati.
                “ Thanks.” Ucap Lea pendek. Dariel hanya mengangguk.
                “ Call aku bila perlu jer kalau tak, tak payah. Aku sendiri akan cari kau selepas 3 bulan. Kita akan bercerai masa tu.” Lea mengangguk faham. Baru 1 jam bergelar suami isteri mereka sudah berbincang tentang penceraian.
                “ Kalau aku mengandung?” Tiba-tiba Lea teringat untuk bertanyakan soal itu. Dariel mendengus geram. Dia paling benci Lea menyebut tentang hal yang padanya takkan terjadi!
                “ Kau lahirkan baby then kita cerai. It’s depend on you. Nak jaga baby atau aku yang jaga. Maya memang sukakan Baby. Pandai-pandai aku kelentong yang baby ni anak angkat aku.” Dariel memang lama sudah menghafal skrip itu jika Lea benar-benar bertanyakan hal ini dan dia benar. Lea takkan pernah berhenti menyoal. Itu sikapnya.
                Lea melemparkan pandangan ke laur tingkap semula. Mahu sahaja dia pulang ke Kuching sekarang, melihat wajah kesayangannya, hilang sebentar gundah gelana.
                “ Thanks.” Ucap Lea keluar dari perut kereta tanpa memandang Dariel. Dariel memandang susuk Lea berjalan lemah menuju ke kondo. Terdetik pula rasa simpati pada gadis kampuang yang sudah menjadi isterinya yang sah. Lea mangsa keadaan yang dirancang Fridaus. Memikirkan lelaki tak bertanggungjawab itu hatinya panas.
                Beberapa kali lelaki itu datang ke pejabatnya untuk berbincnag naun tak dilayan. Biarlah dia nak mengamuk kalau dia tahu Lea sudah menjadi isterinya. Kalau selepas bercerai Lea mahu menerima Firdaus pun dia tak kisah. Biarlah!
                Dia tersenyum I-Phone miliknya menjerit lagu Meghan Trenor ‘ Like I’m Gonna Loose You’.
                “ Hello Babe. I misssss youuuuu.” Jerit Dariel gembira . Seminggu berlalu dia memang sibuk menguruskan perkahwinannya dan Lea sehingga tiada masa untuk Maya si jantung hati.
                “ Hi Babe. I misssss youuuuu tooooo. And…”
                “ And what?” tanya Dariel menggoda.
                “ Your lips.” Bisik Maya menggoda hati lelaki Dariel. Bibir diketap.
                “ I misssss yours tooooo. Malam ni I jemput you macam biasa.” Dariel tersenyum gembira mendengar Maya bersorak gembira. Inilah bakal isterinya. Ceria dan pandai menghiburnya ketika dia celaru. Bukan gadis pasif seperti Lea, serabut mata memandangnya.
                “ Babe…”
                “ Yes…” Jawab Maya manja.
                “ I loveeeee youuuuu…” Maya ketawa riang. Dia sangat bahagia. Seminggu Dariel sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuknya. Hari ini tunangnya berubah seperti biasanya. Romantik, penggoda dan penyayang.
                  I loveee see youuuuu tooooo. Mmmmuahhhhhhhh…. See you tonight. I nak pergi facial, biar cantik for you.”
                “ Babe, without any effort you still stunning for me.” Berbunga hat Maya dengan pujian si tunang. Malam ini dia mahu memastikan Dariel bangga dengan penampilannya. Dia mula memikirkan baju apa yang hendak dipakai.
                ………………………………………………………………………………………………………………………………………
                Air haram diteguk lagi. Maya di dalam rangkulannya dipeluk erat. Kepala Maya melentok di bahunya. Maya sudah mula mabuk. Bibir Maya yang menggoda dipandang lama. Maya memandangnya sambil tersenyum, seakan faham apa yang bergolak di jiwanya. Wajah Dariel ditarik supaya mendekatinya. Bibir mereka bertaut, lama.
                “ I love you.” bisik Maya menggoda.
                “ I love you too.” Balas Dariel, bibir Maya dikucup penuh nafsu.
                “ Honey…”
                “ Yes.”
                “ I want to be with you tonight. For real.” Bisik Maya ke telinga Dariel disambut Dariel sengan senyuman lebar. Bibir Maya dikucup penuh asyik tanpa mempedulikan mata yang memandang.
                Danisha bingkas bangun, naik bingit telinganya mendengar bunyi loceng asyik berbunyi. Dia pasti itu abang keduanya Dariel. Pasti mabuk lagi. Telahnya. Yang menghairankannya kalau mabuk, kenapa balik rumah Mama dan Papa? Bukan tak ada rumah sediri.
                “ Nisha sayang… Abang dah balik… Danisha mengerut dahi marah Dariel memeluknya dalam keadaanya yang berbau busuk. Bau arak kuat menusuk hidungnya.
                “ You drunk again? Dengan Maya?” Tajam mata Danisha memandang Dariel yang terhuyung hayang. Dariel menunjukkan jari telunjuk ke bibir Danisha supaya dia diam. Danisha umurnya saja 21 tahun tetapi tegasnya persisi Mak yang berumur 50 tahun.
                “ Shhh… Nisha jangan bising. Nanti Mama dengar.” Bisik Dariel walaupun matanya sesekali terpejam.
                “ Owh, tahu takut tapi balik sini juga. Kenapa balik sini kalau tahu mabuk?” Marah Danisha namun tak dipedulikan Dariel. Danisha hanya mampu menggelengkan kepala.
                ‘ Apalah yang nak jadi dengan abang aku ni. Lagi 3 bulan dah nak kahwin tapi masih macam ni. Bakal bini pun sama juga jahilnya. Sama-sama terpesong. Esok-esok kalau ada anak, entah-entah anak yang ajar solat.’ Bebel Danisha di dalam hati sambil memapah Dariel ke bilik. Naasib baik Mama dan Papanya ke luar negara atas urusan kerja. Kalau tak, pasti Mama dan Papa sedih melihat anak yang dididik denagn ajaran agama yang cukup menjadi seperti insan yang tak bertuhan.
                “ Mabuk lagi?” Dnisha mengurut-ngurut dadanya terkejut. Danial rupanya. Pasti dia juga tersedar kerana Dariel.
                “ Macam biasalah bang. Nisha tak tahu nak buat apa lagi dengan Angah ni. Semuanya sebab Maya yang dia sanjung sangatlah tu. Entah apayang bagus sangat dekat perempuan tu sampai Angah ni angau tak ingat dunia.” Bebel Danisha, tuala suam ditenyeh-tenyeh he wajah Dariel namun ditepisnya. Semakin kuat Danisha menenyeh tuala. Sakit hati.
                “ Nisha, tak baik tuduh Maya. ENtah-entah Angah sendiri yang terpesong.” Nasihat Danial tidak mahu adiknya menuduh tanpa usul periksa.
                “ Nisha rapat dengan Angah Long. Semuany Nisha tahu tapi sejak kenal perempuan tu, Angah jarakkan diri dari Nisha. Sebab apa? Nisha selalu marah dia. Selalu tema perempuan tak guna tu ke kelab. Mula-mula minum cola jer. Lama-lama dah pandai minum air syaitan ni pulak. Hishhhh… Geramnya Nisha dengan Angah ni. Ikutkan hatinak jer Nisha campak dia kat dalam kolam tu. Biar dia sedar banyak-banyak.” Membuak-buak marah Danisha tiap kali memikirkan Maya dan Dariel.
                “ Tapi kita nak buat macam mana, ini pilihan Angah. Nisha tahu kan Angah degilnya macam mana? Biar jer lah. Kita tunggu sampai dia sedar sendiri.” Pujuk Dariel. Dia sendiri sebagai abang dah puas menasihati Dariel. Bimbang jika semakin didesak Dariel semakin jauh dari mereka.
                “ Along cakaplah apa pun, Nisha akan usaha Angah takkan berkahwin dengan perempuan tu. Nisha selalu doa kat Allah supaya jauhkan Angah dari Maya.”
                “ Nisha, tak baik runtuhkan rumah tangga orang.”
                “ Bukan dah kahwin pun Long. Maya tu bukan baik. Dia banyak lelaki lain. Anagh jer yang buta. Tak pernah nak percaya.” Terbuntang mata Danial melihat Danisha. Biar betul si Danisha ni.
                “ Betul! Nisha tak tipu.” Danisha bersungguh-sungguh menyakinkan Danial.
                “ Abang tahu Nisha tak tipu tapi Angah takkan percaya. Maya tu segalanya bagi Angah.” Danisha mendesah berat. Itulah Dariel Daraif. Kalau jatuh cinta tahap jatuh gedebuk! Cintan habis. Semua dia percaya bulat-bulat.
                “ Dahlah, Nisha uruskan Angah ye. Along nak sambung tidur, esok nak kerja.”
                “ Pergilah Long. Nisha tak der kelas esok. Kalau dia ni buat hal Nisha flying kick jer.” Danial ketwa terkekeh kekeh melihat Danisha menonjol kepala Dariel. Geram sangatlah tu. Danisha, kalau marah bebelnya mengalahkan mak nenek!
                “ Angah balik ke bang?” Danial mengangguk lalu tersenyum. Sebelum naik ke atas katil, anaknya yang sedang tidur nyenyak di dalam katil kecil dijenguk. Tidur pulas puteri kesayangannya.
                “ Mabuk lagi?” Danial tersentak, segera mendapatkan isterinya.
                “ Mana sayang tahu?” Wajah tegang Danial dielus, penuh kasih sayang.
                “ Mama bagi tahu sayang. Mama ikut Papa ke London pun sebab tak sanggup tengok Angah macam ni. Abang lupa ke macam mana Mama sibuk bila kita nak kahwin dulu? Siap telefon Mak kat kampung lagi tanya persiapan. Dariel pulak, tak pernah Mama nak ambil peduli. Siap pergi ke London lagi. ” Danial mengangguk setuju. Memang besar perbezaan Mamanya ketika dia berkahwin dan sekarang.
                “ Mama tak pernah pun cerita apa-apa kat abang.” Kata Danial agak kesal dengan tindakan adiknya yang merisaukan hati Mama. Sepatutnya di usia ini Mamanya gembira tanpa memikirkan anak-anak yang semakin dewasa.
                “ Lelaki ni tak faham perasaan perempuan. Korang fikir semua ni remeh. Dia akan berubah.  Hati seorang mak ni lain bang. Kalau boleh, tak nak anaknya buat silap mahupun sedikit sebab tak sanggup melihat anaknya menyesal dengan kesilapan yang dia lakukan.”
                “ Ya, kami memang ambil mudah dalam banyak perkara.” Akui Danial. Namun setelah memiliki zuriat sendiri, dia faham perasaan Mama. Dia pun inginkan yang terbaik untuk puterinya.
                “ Abang mesti buat sesuatu. “
                “ Macam mana? Abang…”
                “ Abang! Kakak!” Fatin dan Danial terkejut Danisha tiba-tiba merempuh masuk ke bilik mereka. Fatin segera mendapatkan Damia yang sedang merengek di dalam katilnya. Terkejut dengan tindakan Mak Sunya yang meluru masuk ke bilik sambil menjerit.
                “ Nisha, apa ni? Tengok Mia dah terbangun.” Marah Danial. Danisha menutup mulut sambil tersengeh lupa kerana terlalu teruja.
                “ Sorry abang, kak. Maafkan Mak Su Mia.” Pipi comel itu dikucup lembut. Serta merta Mia berhenti, malah ketawa.
                ‘ Hah, apa yang Nisha nak cakap penting sangat ni?” Sergah Danial. Nisha tersengih-sengih. Sehelai kertas diletakkan di tengah-tengah katil. Melopong Danial meliat isi kandungannya. Nisha masih tersengih-sengih, Fatin mula tidak dapat emlihat jelas butirnya.
                “ Dariel Daraif? Anabelle Addylea? Biar betul. Mana Lea dapat?”
                “ Nisha kemaskan pakaian Angah tadi, dan Nisha juampa ni. Alhamdulillah Long. Allah makbulkan doa Nisha.” Fatin turut mengucap syukur, walaupun terkejut.
                “ Tapi kenapa? Angah sayangkan Maya takkanlah dia nak kahwin dengan si Merra ni tanpa sebab? Dia dah buntingkan anak orang kea pa ni? Ke kena tangkap basah?” Sola Danial bertubi-tubi hanya mampu dijawab Danisha dengan gelengan.
                “ Nisha tak kira kenapa dia kahwin. Yang penting, Angah takkan dapat kahwin dengan Maya.’
                “ Nisha ingat lelaki tak boleh kahwin dua ka? Along ni pun boleh…” Mata Fatin dan Danisha merenung Danial tajam. Tersengih-sengih dia dibuatnya. Ayat tidak dihabiskan.
                “ Maksud Along, kalau Dariel kahwin dengan Meera ni sebab terpaksa, itu bukan alasan yang kuat untuk dia putus tunang dengan Maya. Malam ni pun dia keluar dengan Maya tau sedangkan dia baru jer kahwin dengan Ana. Fatin dan Danisha mengangguk tanda setuju. Ada betulnya kata Danial.
                  Kalau macam tu kita mesti cari Ana dan bawak dia jumpa Mama dan Papa. Dengan macam ni, Angah tak dapat lari lagi.”
                “ Yelah, macam mana nak cari? Pergi tanya Angah? Nak mati ke?” Danisha mendesah berat. Susahnya nak cari Meera ni.
                “ Ha, kita upah jer penyiasat persendririan.” Danial dan Fatin berpandangan sesama mereka. Biar betul Danisha ni. Siap upah spy.
                “ Mana pulak kita kenal dengan penyiasat bagai ni Sha.”
                “ Nisha penah guna khidmat dia ni. Tip top! Kerja settle.”
                “ Nisha siasat siapa?” Tanya Fatin ingin tahu.
                “ Maya.”
                “ Ha? Kenapalah Nisha siasat dia pulak.  Tahu dek Angah nanti teruk Nisha.”
                “ Biarlah. So, Along kita guna penyiasat ni jer ya.”
                “ Mana-mana Nisha lah.” Danisha ketawa kegirangan. Dia mengucup pipi Along dan Kak Long nya sebelum keluar dari bilik. Danial dan Fatin tersenyum lucu dengan keletah si bongsu itu. Dia manja namun cukup prihatin dengan adik beradiknya t